Archery

Pemanah negara lepasi ujian pertama untuk misi layak ke Rio

Skuad memanah lelaki negara melepasi ujuian pertama dalam usaha mereka untuk layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro pada bulan Ogos ini.

Khairul Anuar Mohd, Haziq Kamaruddin dan Muhd Ikram Joni mengumpulkan mata 1,971 untuk menamatkan saingan di tempat kelapan dan seterusnya layak ke pusingan kalah mati 16 terbaik Kejohanan Kelayakan Akhir di Antalya, Turkey pada hari Khamis.

Skuad memanah India yang terdiri daripada Atanu Das, Jayanta Talukda dan Rahul Banerjee mengetuai 15 pasukan yang lain ke pusingan kalah mati pada hari Khamis sebagai pasukan pilihan selepas mendapat 2,008 mata.

Ernesto Boardman, Luis Alvarez dan Oldair Zamora membawa pasukan Mexico ke tempat kedua dengan 2,003 mata manakala wakil Jerman Florian Kahllund, Florian Floto dan Carlo Schmitz mengumpul 1,999 mata di tempat ketiga.

Khairul dan rakan-rakannya akan bertemu pilihan kesembilan, Ukraine yang diketuai pemenang pingat emas Olimpik Beijing Viktor Ruban. Jika Malaysia menang, mereka akan bertemu pasukan nombor 10 dunia, India di peringkat suku akhir.

Malaysia perlu menamatkan pertandingan di tiga pasukan terbaik untuk layak ke Rio.

Khairul satu-satunya pemanah Malaysia yang telah layak ke Rio. Dia melayakkan diri menerusi acara perseorangan dalam Kejohanan Asian di Bangkok pada November lalu.

Malaysia tidak pernah gagal layak ke acara berpasukan lelaki sejak Sukan Olimpik Beijing 2008.

Other posts by