Cavaliers tewaskan Warriors untuk merangkul kejuaraan NBA pertama

0
Photo Credit: abc7.com

Bintang bola keranjang, LeBron James membantu Cleveland Cavaliers untuk menang 93-89 ke atas Golden State Warriors semalam dalam perlawanan ketujuh yang menakjubkan untuk melengkapkan kebangkitan di luar jangkaan dan merangkul kejuaraan NBA pertama mereka.

Kemenangan ke atas Warriors, yang merangkul kejuaraan tersebut di laman Cleveland tahun lalu, menjadikan Cavaliers pasukan pertama yang menang selepas ketinggalan 3-1 secara defisit dalam kiraan daripada tujuh perlawanan untuk Final NBA dan bergelar juara.

“Saya telah meletakkan sasaran untuk membawa pulang kejuaraan sejak dua tahun selepas kembali ke sini,” kata James dengan penuh emosi, selepas pulang ke Cavalier pada tahun 2014 setelah empat tahun menyertai Miami yang memberikannya dua kejuaraan NBA.

“Saya memberikan segalanya. Saya curahkan jiwa dan raga ke dalam perlawanan ini.”

James mengetuai Cleveland dalam kemenangan yang memberikan kejuaraan ini dengan satu triple-double setelah menjaringkan 27 mata, 11 rebound dan 11 bantuan untuk menjadikannya Pemain Paling Bernilai dalam NBA Finals buat kali ketiga.

Kemenangan itu menamatkan penantian sedekad bandar Cleveland, yang tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan profesional sukansejak Cleveland Browns memenangi Liga Bola Sepak Kebangsaan pada tahun 1964.

Untuk James, kemenangan ini bukan sahaja gelaran NBA ketiga beliau, tetapi juga akan dianggap sebagai kejayaan terhebat dalam kariernya kerana dia berjaya menunaikan janjinya untuk memberikan kejuaraan kepada bandar kelahirannya, Ohio.

“Saya kembali bersebab. Saya kembali untuk memberikan kejuaraan kepada bandar kami,” ujar James yang bergenang air mata sambil memeluk Trofi Kejuaraan Larry O’Brien.

“Saya tahu saya mampu. Saya tahu apa yang saya pelajari beberapa tahun selepas saya pergi, dan saya tahu saya mempunyai keupayaan untuk membawa kejayaan yang tak pernah kita kecapi.”

Perlawanan itu berlangsung sengit dengan pertukaran pendahulu sebanyak 20 kali sementara tiada pasukan yang mampu mendahului dengan catatan lebih lapan mata.

Berdepan penyingkiran dalam dua perlawanan terdahulu, James membawa Cavs bangkit semula dan menjadi pasukan ketiga yang berjaya membawa ke perlawanan penentuan ketujuh selepas ketinggalan 3-1 dalam pusingan kejuaraan.

Untuk Warriors, yang mencatatkan 73 kemenangan dalam 82 perlawanan biasa musim, kekalahan semalam merupakan kali pertama mereka tewas tiga perlawanan berturut sejak November 2013.

“Bukan mudah untuk mencapai sasaran kami, dan sukar untuk melihat apa yang kami gagal dapatkan,” kata MVP liga dua kali Stephen Curry, yang memungut 17 mata dalam kekalahan itu.

Selepas melalui musim biasa yang memecahkan banyak rekod, Warriors tidak dapat menamatkan saingan dengan kemenangan kedua berturut liga, gagal menamatkan perlawanan walaupun mendahului 3-1 dalam siri perlawanan terbaik musim.

Kegagalan Warriors disebabkan ketiadaan pertahanan mereka Draymond Green disebabkan penggantungan, kecederaan ke atas Andrew Bogut dan pakar pertahanan Andre Iguodala.

“Satu perjuangan yang hebat tetapi tidak berakhir seperti yang kami mahukan,” ujar ketua jurulatih Warriors Steve Kerr. ‘’ Ia merupakan perjalanan dua tahun yang menakjubkan. Kami kecewa ia tidak berakhir seperti yang kami mahukan, tetapi itulah kehidupan.”

Selepas Warriors mendahului siri 3-1, ramai pihak menganggap Cavs sudah tidak berpeluang lagi dan menyangka Golden State akan muncul juara dengan mudah.

Namun, Cavaliers menunjukkan bahawa mereka mampu menafikan jangkaan ramai dan menujukkan kebangkitan menakjubkan untuk memenangi kejuaraan NBA pertama mereka.

“Saya tahu keupayaan kami, walaupun ketinggalan 3-1 menentang pasukan terhebat musim biasa,” jelas James.

“Semua pihak menafikan peluang kami dan itulah saatnya kami tahu kami boleh bangkit serta itulah masanya saya gandakan usaha di saat semua orang menafikan peluang saya.”