Badminton

Jin Wei ketuai cabaran negara di Kejohanan Remaja Asia

Persatuan Badminton Malaysia meletakkan harapan di bahu pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, untuk mengetuai pasukan di Kejohanan Remaja Asia yang akan berlangsung di Bangkok pada 9-17 Julai ini.

Pemain berusia 16 tahun itu berjaya mara ke separuh akhir dalam kejohanan tersebut tahun lalu sebelum tewas kepada pemain China He Bingjiao.

Bingjiao yang berusia 19 tahun tidak lagi layak untuk bertanding di kejohanan remaja, pastinya Jin Wei menjadi pilihan untuk bergelar juara.

Pemain remaja No.2 dunia ini bakal berdepan cabaran sukar dari pemain Thailand Pornpawee Chochuwong, pemain China Chen Yufei dan pemain Jepun Moe Araki serta Natsuki Nidaira.

Malaysia hanya layak ke suku akhir dalam acara berpasukan campuran di tiga edisi terdahulu.

Selain Jin Wei, pemain perseorangan dalam pasukan negara adalah S. Kisona, M. Thinaah dan Eoon Qi Xuan sementara bergu pula dianggotai Toh Ee Wei, Yap Ling dan Pearly Tan Koong Le.

Pemain perseorangan lelaki negara yang terpilih pula adalah pemenang Terbuka Remaja Belanda Lee Zii Jia, juara remaja kebangsaan Leong Jun Hao, Sim Fong Hao dan Tan Jia Wei. Pemain bergu pula adalah Soh Wooi Yik-Ooi Zi Heng, Hoo Pang Ron-Chen Tang Jie dan Chang Yee Jun-Ng Eng Cheong.

Other posts by