Bodybuilding

Atlet bina badan kebangsaan terima durian runtuh Hari Raya

Durian runtuh Hari Raya Atlet bina badan negara Syarul Mike Mahen akan digunakan untuk persiapan beliau ke dua tugasan besar tahun ini.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu menerima RM 15,000 dari Skim Insentif Atlet (Shakam) selepas memenangi pingat emas dalam Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia di Tashkent serta pingat perak dalam Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia di Bangkok tahun lalu.

Syarul merupakan penerima tertinggi dari 33 atlet kebangsaan yang menerima insentif, berjumlah RM 262,062.50 dari Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

Atlet berusia 42 tahun itu berkata, dia akan menggunakan insentif itu untuk Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia (Mr Asia) di Bhutan pada bulan Ogos dan Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia (Mr World) di Pattaya pada bulan November.

“Saya perlu berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Persekutuan Bina Badan Malaysia serta penaja saya Celebrity Fitness dan Graduan Bersatu untuk sokongan yang diberikan,” kata Syarul.

Other posts by