Football

Ketua penyokong Russia ditahan semula pihak berkuasa Perancis di Euro 2016

Polis Perancis menahan menahan semua ketua penyokong bola sepak Russia Alexander Shprygin di Toulouse semalam, dua hari selepas menghantarnya pulang kerana terlibat dengan keganasan yang mencemarkan pembukaan Kejohanan Euro 2016.

Pihak berkuasa masih tidak jelas bagaimana Shprygin memasuki semula Perancis. Berdasarkan maklumat dari akaun twitter beliau menyatakan beliau menggunakan jalan berbeza dan meletakkan gambar sebuah pesawat yang dimiliki syarikat penerbangan tambang murah Sepanyol Vueling Airlines.

Screen Shot 2016-06-21 at 10.47.09 AM Screen Shot 2016-06-21 at 10.47.22 AM

“Dia ditahan petang ini di Toulouse,” jelas jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkenaan penahanan Shprygin.

Turut dipaparkan di laman twitter Shprygin yang merupakan ketua Kesatuan Penyokong Russia adalah video pendek keadaan dalam stadium menjelang perlawanan di antara Russia dan Wales.

Shprygin merupakan di antara 20 orang penyokong Russia yang dihantar pulang dari Perancis selepas pergaduhan tercetus sebelum dan ketika perlawanan England-Russia di Marseille.

Other posts by