Football

Pengulas ‘gila’ Iceland dibuang kerja

Salah satu memori yang akan terus diingati pada Euro 2016 ini pastinya apabila pengulas dari Iceland,Gudmundur Benediktsson yang bersorak dengan penuh kegilaan apabila Iceland menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-94 menentang Austria dalam peringkat kumpulan.

Aksi Benediktsson mencuri perhatian seluruh dunia dan video beliau dikongsi oleh ramai orang di media sosial menjadikan beliau terkenal di seluruh dunia.

Di sebalik popularitinya sekarang, beliau menerima berita buruk apabila beliau mendapat berita bahawa dia tidak akan mempunyai pekerjaan tetapi apabila pulang dari tugasan beliau sebagai pengulas di Perancis.

Benediktsson yang berusia 41 tahun, bekas pemain kebangsaan Iceland, telah dilucutkan jawatan sebagai pembantu jurulatih oleh kelabnya KR Reykjavik.

Kelab berkenaan mengumumkan berita berkenaan di laman web mereka di mana mereka mengumumkan bahawa Benediktsson (dan ketua jurulatih Bjarni Eggerts Gudjonsson) telah dilucutkan jawatan kerana aksi kurang memberangsangkan pasukan.

Berita ini pastinya menjadi satu tamparan hebat kepada pengulas yang menjadi sebutan ramai ini. Mungkin selepas ini Benediktsson boleh mula menjadi pengulas sepenuh masa? Kami di Malaysia pasti gembira untuk mendengar keterujaan anda mengulas perlawanan Liga Super atau Liga Perdana!

https://www.youtube.com/watch?v=wH0pWr4UNSw

Other posts by