Badminton

Tiada gelanggang untuk pemain badminton negara ekoran kelewatan pembinaan

Kelewatan dalam pembinaan Akademi Badminton Kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara telah memberi tamparan besar kepada program pembangunan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk Sukan SEA 2017.

Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, akademi itu dijadualkan siap dibina pada 8 November 2015, tetapi mendakwa bahawa ia hanya akan dapat disiapkan pada Disember 2016 menurut kontraktor Purata Abadi Sdn.Bhd.

“Pihak berkuasa seperti Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengambil serius perkara ini, kerana kami perlukan akademi itu siap mengikut tarikh yang diberi.

“JKR telah berusaha untuk memastikan bangunan itu siap dibina secepat mungkin. Oleh kerana hanya 34 peratus kerja pembinaan yang baru disiapkan…jika kita bahagikan kepada dua atau tiga peratus setiap bulan, saya tidak rasa ia akan siap pada bulan Disember.

“Seperti saya katakan, pihak berkuasa perlu melihat perkara ini,” jelas beliau kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan semalam.

Proses pembinaan akademi 8-tingkat yang bakal dilengkapi gelanggang badminton, gymnasium, auditorium, dewan serbaguna, ofis, hostel dan tempat letak kereta bermula pada 3 Mac 2014.

Other posts by