Johnathan perlu atasi kelemahan minda di Rio

0
Photo Credit: Sinar Harian

Atlet menembak negara Johnathan Wong Guanji tahu masalah utamanya di Sukan Olimpik Rio adalah kelemahan mindanya.

Prestasi penembak berusia 24 tahun dari Melaka itu jatuh sejak memenangi pingat emas dalam acara 10m air pistol perseorangan lelaki di Kelayakan Sukan Olimpik Asia di New Delhi pada bulan Januari.

Dia gagal untuk menyamai pencapaian terbaiknya iaitu 585 mata di acara kelayakan di empat Piala Dunia yang disertainya.

Dia hanya mampu mendapat 575 mata di Bangkok pada bulan Mac dan di Rio de Janeiro pada bulan April; dan 578 di Munich pada bulan Mei.

Dalam saingan Piala Dunia minggu lalu di Baku, Azerbaijan, dia hanya mampu mencatat 565 mata dalam pusingan kelayakan untuk menamatkan saingan di tempat ke-46 dari 61 penembak.

Johnathan tahu dia berdepan tugas sukar untuk layak ke final di Sukan Olimpik.

Johnathan yang mengambil cuti satu semester dari pengajiannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada bulan Februari, mengaku beliau mempunyai enam minggu untuk menguatkan mentalnya sempena Sukan Olimpik.

“Saya mempunya latihan selama satu minggu di bawah tunjur ajar jurulatih Jerman Philip Bernard di Hannover bulan lalu sebelum bertanding dalam Piala Dunia di Baku,” ujar Johnathan.

“Saya akan berangkat ke Seoul pada 1 Julai untuk berlatih di bawah ketua jurulatih Korea Selatan Park Song-soon untuk membantu saya menguakan mental menjelang Sukan Olimpik.”

Beliau akan pulang dari Seoul pada 15 Julai dan berangkat ke Rio pada 23 Julai untuk membiasakan diri dengan tempat pertandingan.

Johnathan akan terlepas majlis pembukaan Olimpik kerana acara 10m air pistol akan berlangsung keesokannya.

“Ini Sukan Olimpuk pertama saya dan saya kecewa sedih kerana akan terlepas majlis pembukaan,” ujar Johnathan yang akan turut bertanding dalam acara 50m air pistol pada 10 Ogos.

Chef de mission ke Sukan Olimpik Tan Sri Mohd Al-Amin Abdul Majid berharap Johnathan akan memberikan yang terbaik di temasya berkenaan.

“Dia akan berangkat awal ke Rio untuk membiasakan diri dengan suasan dan tempat menembak di sana,” kata Al-Amin selepas bertemu Johnathan dan jurulatihnya Hashim Desa di pusat menembak Majlis Sukan Negara di Gymnasium 3 Bukit Jalil semalam.