Football

Dickson Nwakaeme sertai kelab Ligue 1 Perancis

Bekas penyerang Pahang dan Kelantan Dickson Nwakaeme disahkan menyertai pasukan Ligue 1 Perancis, Angers SCO seperti yang diumumkan oleh kelab tersebut.

Menurut laman twitter kelab berkenaan, penyerang berusia 30 tahun itu telah menandatangani kontrak selama setahun dan pemain berasal dari Nigeria itu pernah menghadiri sesi ujian bersama kelab berkenaan pada musim panas 2013.

Photo Credit: Twitter Angers SCO
Photo Credit: Twitter Angers SCO

Angers SCO menamatkan musim lepas di tangga kesembilan liga, semusim selepas naik dari divisyen kedua.

Nwakaeme sebelum ini dilaporkan ingin terus bermain di Malaysia selepas kontraknya bersama pasukan Pahang ditamatkan, tetapi tiada pasukan yang mampu menawarkan gaji yang dimahukannya.

Dickson Nwakaeme pernah menjulang trofi Piala FA dalam musim pertamanya di Malaysia bersama Kelantan. Selepas semusim bersama The Red Warriors, beliau berhijrah ke Pahang dan berjaya memenangi Piala FA dan Piala Malaysia. Beliau menjaringkan 49 gol dalam 3 musimnya di Liga Super Malaysia.

Pesanan kami untuk pasukan lawan Angers SCO, jangan buat orang besi ini ANGRY.

Other posts by