Football

Chris Gunter pertahan sambutan pemain Wales selepas Iceland tewaskan England

Pemain pertahanan Wales Chris Gunter telah mempertahankan pasukannya selepas satu video menunjukkan mereka bersorak kegembiraan selepas Iceland menewaskan England dalam perlawanan peringkat kalah mati Euro 2016.

Kekalahan England bermaksud Wales, yang akan berdepan Belgium di suku akhir pada hari Jumaat, merupakan satu-satunya home nation yang tinggal.

Bek kanan Reading itu berkata pemain Wales tidak menyesal dengan tindakan mereka dalam video berkenaan.

“Sudah pasti ianya bukan video yang menunjukkan kami tidak menghormati sesiapa pun,” jelas beliau.

“Saya rasa ianya menakjubkan untuk kejohanan ini apabila satu lagi negara kecil mara ke peringkat seterusnya; satu lagi pasukan yang tidak diberi harapan sebelum sepak mula.

“Tetapi ia pasti bukan untuk tunjukkan rasa kurang hormat. Ramai pemain dalam pasukan kami yang kenal pemain dari pasukan England.

“Saya rasa perasaan utama selepas wisel penamat ditiupkan – dan mungkin ianya agak tamak untuk pasukan kami – adalah rasa bangga kami pasukan terakhir dalam home nation yang masih di dalam kejohanan.”

https://www.youtube.com/watch?v=QEM6ODg1hzA

Terdapat elemen Wales dalam kemenangan Iceland ke atasa England, kerana pasukan Nordic itu diketuai oleh pemain Cardiff City Aron Gunnarsson dan bahagian serangan mereka dibina di sekeliling pemain kreatif Swansea Gylfi Sigurdsson.

Rakan sepasukan beliau di Swansea Neil Taylor berkata sambutan pemain Wales di dalam video berkenaan adalah diinspirasikan dari kegembiraan untuk satu lagi negara yang membuat debut di Kejohanan Eropah.

“Sebagai pasukan, kami mengikuti perkembangan negara underdog dalam kejohanan ini, dari Albania hingga ke Hungary, sebagai satu perkara baru,” jelas bek kiri Wales itu.

“Iceland turut tidak diberikan harapan. Saya kenal Gylfi, dia telah jelaskan kepada saya mengenai Iceland, dan semuanya mengenai mereka. Kami telah lihat apabila mereka layak dan dalam kejohanan ini mereka sangat hebat.

“Itu hanya separuh dari sambutan itu, kerana kami tahu Iceland telah melakukan yang terbaik tetapi saya faham bagaimana ia diterima. Sebagai satu pasukan kami telah menyokong Iceland sepanjang kejohanan ini.”

 

 

Other posts by