Football

Penyokong Ireland Utara akan diberi penghormatan oleh bandar Paris

Penyokong Ireland Utara akan dianugerahkan dengan penghormatan berprestij Paris di atas semangat kesukanan yang ditunjukkan mereka sepanjang Euro 2016 di Perancis.

Mereka akan disertai penyokong Republik Ireland yang akan menerima anugerah Medal Of the City of Paris.

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, berkata beliau mahu menunjukkan penghargaan kepada ‘semangat kesukanan hebat’ yang ditunjukkan oleh penyokong kedua-dua pasukan.

Beliau berkata, kedua-dua penyokong berkenaan telah menunjukkan ‘semangat kesukanan, keghairahan dan keceriaan”.

Anugerah ‘Grand Vermeil’ merupakan penghormatan paling berprestij Paris dan telah dianugerahkan kepada pemenang anugerah Nobel dalam bidang sastera, Toni Morrison, Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan pemain piano Jazz Herbie Hancock.

Hidalgo berkata bahawa penyokong Ireland Utara dan Republik Ireland telah membantu untuk mencipta “suasana pesta” yang menceriakan bandar Paris untuk beberapa minggu.

Beliau turut berkata bahawa mereka adalah contoh untuk semua penyokong di dunia. Tiada tarikh yang telah ditetapkan untuk pemberian anugerah tersebut.

Other posts by