Football

Penyokong Iceland sambut kepulangan pemain dari Euro dengan Viking Chant terulung

Beribu penyokong Iceland menyambut kepulangan pasukan negara mereka dari perjalanan menakjubkan di Euro 2016. Dengan ribuan penyokong yang berhimpun, ianya bertukar menjadi satu sorakan yang paling epik pernah kita saksikan.

Penyokong yang bangga dengan pasukan Iceland berhimpun di Amarholl, sebuah bukit di Reykjavik untik menyambut kepulangan wira-wira negara mereka selepas menjadi negara terkecil yang berjaya mara ke suku akhir.

Sorakan ala Viking mereka menjadi antara perkara yang paling diingati sepanjang Euro 2014. Sorakan itu memberi semangat kepada pemain Iceland bagaikan mereka berada di medan perang.

Sekali lagi diketuai oleh pemain Iceland, Viking chant ini bergema di Reykjavik sambil diikuti sebahagian besar penduduk dari negara yang dihuni 323,000 penduduk itu. Memang epik!

Other posts by