Imran rangkul kejuaraan di Belgium sebagai hadiah hari raya

0
219
Photo credit: NST

Pemain tennis muda berbakat negara Imran Daniel Abdul Hazli merasai kemanisan sempena Hari Raya Aidilfitri apabila muncul juara acara perseorangan Bawah-11 tahun di Piala Kim Clijsters Next Generation di Belgium.

Pemain berusia 11 tahun itu terlampau hebat untuk pesaingnya di final, Micah Dahlmann dari Belgium apabila dia menang 6-1,6-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsun di Bree pada hari Ahad.

Bermain di kejohanan antarabangsa pertamanya musim ini, Imran tidak tewas satu set pun di gelanggang tanah liat. Selaku pilihan utama, Imran mendapat bye dalam pusingan pertama. Dia kemudian menundukkan pemain Belgium Massimo Morbee 6-3,6-1 dan kemudiannya menewaskan pemain England Jake Evans 6-2,6-4 dalam pusingan ketiga.

Imran mendapat laluan percuma ke separuh akhir apabila pemain dari Belanda Manvydas Balciuna tercedera dan menarik diri. Di separuh akhir, Imran mengatasik Nick van den Heuvel dari Belanda 6-3,6-2.

Imran dilihat begitu gembira apabila berpeluang bergambar dengan Clijsters dan kemudiannya menerima trofi dari bekas pemain No.1 dunia itu.

“Saya gembira untuk memenangi kejohanan antarabangsa pertama saya musim ini. Ianya satu pengalaman berharga kerana saya dapan bermain menentang ramai pemain berbakat,” kata Imran.

Namun, Imran gagal merangkul kejuaraan untuk acara perseorangan Bawah-12 tahun apabila tewas 3-6,2-6 kepada Majdi Ben Abdelwahed dari Tunisia di separuh akhir pada hari Sabtu.

Dia membelasah Ilian Borlee dari Belgium 6-1,6-1 dalam pusingan pertama, diikuti kemenangan 6-0,7-6 ke atas seorang lagi pemain Belgium, Luuk Goes. Di suku akhir, Imran menewaskan Yunes Talavar dari Iran 6-2, 6-3.

Imran menjadi sebutan di peringkat antarabangsa tahun lalu apabila berjaya di Kejohanan Base 11 dan Kejohanan Bintang Masa Depan di Jerman pada bulan Ogos. Dia seterusnya merangkul kejuaraan di Kejohanan Masters Tennis Junior Antarabangsa di Turki dalam acara Bawah 10 tahun dan Bawah 11 tahun.