Hockey

Jurulatih kebangsaan dilarang terlibat dengan MHL

Tujuh orang jurulatih dari kem kebangsaan telah dihalang dari menerajui mana-mana pasukan dalam Liga Hoki Malaysia (MHL) yang akan bermula bulan depan.

Tujuh jurulatih tersebut adalah Stephen van Huize (jurulatih pasukan lelaki negara), Lim Chiow Chuan (pembantu jurulatih pasukan lelaki negara), Tai Beng Hai (koordinator 1MAS), K. Dharmaraj (jurulatih pasukan wanita negara), K. Gobinathan (jurulatih pembangunan pasukan wanita), Lailin Abu Hassan (pembantu jurulatih pasukan wanita negara), dan Wallace Tan (jurulatih pembangunan pasukan lelaki).

Pengerusi jawatankuasa kejurulatihan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Ow Soon Kooi berkata larangan tersebut adalah keputusan bersama.

“Kami mahu semua jurulatih kami menumpukan perhatian kepada tugasan kebangsaan. Mereka boleh menyaksikan perlawanan MHL tanpa halangan. Ianya sukar untuk mereka melatih pasukan kelab dan melaksanakan tugas bersama pasukan kebangsaan seperti memilih dan menilai pemain-pemain.

“Kini jurulatih lain akan mendapat peluang untuk menunjukkan keupayaan mereka. Ianya akan memberikan kami lebih banyak pilihan untuk jurulatih di masa depan,” jelas Soon Kooi yang juga merupakan Naib Presiden MHC.

Beberapa pasukan Premier Division seperti Maybank dan Tenaga Nasional telah melantik jurulatih baru. Saiful Azli Abdul Rahman akan menerajui the Tigers sementara M. Kalisweran dilantik jurulatih Tenaga.

Sapura yang dipimpin Stephen dan Beng Hai beberapa tahun lalu telah melantik Yahya Atan sebagai jurulatih.

Bekas juaral Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) terpaksa menggantikan Dharmaraj dan Chiow Chuan dan djangkan Harun Rashid dari Singapura akan mengambil alih.

Dari enam pasukan dalam Premier Division, hanya Terengganu dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang akan mengekalkan jurulatih yang sama.

Sarjit Singh akan cuba mengulangi kejayaan double ketiga bersama Terengganu apabila memenangi liga dan juara keseluruhan bersama Terengganu dua musim berturut. Sementara UniKL mengekalkan A. Arulselvaraj.

MHL akan bermula dengan Divisyen Satu dan Liga Wanita pada 5 Ogos. Premier Division pula akan bermula pada 15 Ogos.

Other posts by