Others

Atlet Sukma Sarawak terkorban dalam nahas jalan raya

Pasukan Sukma XVII Sarawak menerima berita sedih apabila salah seorang atlet mereka, Mohd Syafiq Halias meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas jalan raya.

Mohd Syafiq terkorban apabila motorsikal yang dinaikinya terbabas dan jatuh ke dalam parit sedalam 3 meter di Marina Bay semalam. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian.

Turut bersama Syafiq adalah rakannya Muhammad Syafiq Hasnan, namun beliau hanya mengalami kecederaan di badannya.

mr-boat-sailing-SUKMA-p2-copy
Muhammad Syafiq Hasnan mengalami kecederaan di badan berada dalam keadaan trauma di tempat kejadian. Photo Credit: The Borneo Post

Motorsikal yang dinaiki mereka dipercayai terbabas sebelum jatuh ke dalam parit itu pada pukul 1.30 pm.

Muhammad Syafiq Hasnan yang masih trauma dengan kejadian tersebut menyatakan bahawa mereka sebelum itu keluar untuk membeli makanan di kedai runcit berdekatan.

“ Selepat motorsikal kami terbabas dan jatuh ke dalam parit, kami berdua tidak sedarkan diri. Hanya sekitar pukul 4 petang baru saya sedar, dan melihat kami berada di dalam parit,” kata beliau kepada The Borneo Post.

Photo credit: The Borneo Post
Photo credit: The Borneo Post

“Selepas melihat Mohd Syafiq Halias terbaring kaku, saya dengan segera memanjat keluar dari parit itu untuk meminta bantuan.”

Seorang pemandu lori telah membantu selepas melihat Syafiq Hasnan memanjat keluar dari parit tersebut.

Mayat Mohd Syafiq Halias telah dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

Other posts by