Football

VIDEO: Cristiano Ronaldo tunjuk bakat menyanyi

Pemain bintang Portugal, Cristiano Ronaldo mempunyai bakat yang menakjubkan dalam sukan bola sepak. Kebolehan menggelecek, larian pantas, tandukan dan rembatan padu sering dikaitkan dengan penyerang Real Madrid ini.

Selain daripada bola sepak, ketua pasukan Portugal ini juga terkenal sebagai seorang model apabila sering membantu menggayakan pakaian dan barangan dari jenama yang terkenal di seluruh dunia.

Namun, tiada siapa tahu bahawa pemain ini mempunyai bakat dalam bidang nyanyian!

Dalam satu video yang disiarkan di youtube, pemain lincah ini dilihat menyanyikan lagu dari penyanyi terkenal Rihanna, Stay dalam satu penerbangan bersama pasukan Portugal.

Mungkinkah Ronaldo mahu menjadi penyanyi selepas bersara? Tidak mengejutkan jika dia menyertai bidang hiburan selepas bersara, sama seperti Eric Cantona yang menyarung jersi nombor 7 di Manchester United sebelum Cristiano Ronaldo.

Other posts by