Bekas penggusti saman WWE ekoran kecederaan otak

0
Photo credit: WWE.com

Lebih kurang sedozen penggusti yang bersara menyaman World Wrestling Entertainment Inc dan mahu syarikat berkenaan bertanggungjawab terhadap kecederaan neurological yang didakwa mereka terjadi selepas beraksi di gelanggang gusti syarikat berkenaan.

Aduan berkenaan difailkan mewakili ramai penggusti termasuk Joseph ‘Road Warrior Animal’ Laurinaitis, Jimmy ‘Superfly’ Snuka, Paul ‘Mr. Wonderful’ Orndorff dan ramai lagi, termasuk beberapa bekas pengadil.

Mereka mendakwa WWE menyembunyikan risiko kecederaan kepada daripada aksi mereka, dan mengklasifikasikan mereka sebagai ‘kontraktor bebas’ berbanding pekerja untuk mengelak tanggungjawab.

“WWE mengutamakan keuntungan syarikat berbanding kesihatan, keselamatan dan jaminan kewangan penggusti mereka, memilih untuk membiarkan plaintif cedera teruk dan tiada jalan untuk merawat kecederaan di otak dan badan mereka,” menurut aduan tersebut.

Jurucakap untuk WWE yang berpengkalan di Stamford, Connecticut tidak memberikan sebarang reaksi berhubung komen berkenaan.

Tuntutan mahkamah itu mahukan bayaran pampasan juga peningkatan dari segi pemantauan perubatan.