Mahkamah Sukan tolak rayuan Russia berkenaan sekatan acara olahraga Olimpik ke atas mereka

0
Photo credit: Sportskeeda.com

Tribunal tertinggi sukan hari ini menolak rayuan Russia berkenaan sekatan doping ke atas kesemua atlet olahraga mereka dari Sukan Olimpik Rio yang akan bermula 15 hari lagi, menyebabkan kemarahan dari Moscow.

Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Timbanh Tara Sukan (CAS) yang berpengkalan di Switzerland ini meningkatkan kemungkinan untuk Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menolak penyertaan Russia dari semua sukan dan bukan untuk acara olahraga sahaja di Rio de Janeiro.

Ini akan menjadi krisis terbesar Olimpik sejak boikot ke atas US dan Soviet di era 1980-an, dan akan menjadi satu tamparan hebat kepada negara yang sering disebut sebagai satu kuasa besar dalam bidang sukan.

“CAS menolak dakwaan/rayuan dari Jawatankuasa Olimpik Russia dan 68 atlet Russia, jelas CAS dalam satu kenyataan yang menyokong Persekutuan Persatuan Olahraga (IAAF) untuk menggantung Persekutuan Olahraga Russia.. Ketua delegasi Russia ke Sukan Olimpik Rio berkata keputusan tersebut tidak munasabah, dan juara dua kali acara lompat bergalah Olimpik Yelena Isinbayeva memanggilnya sebagai “pengebumian acara olahraga”.

Jurucakap dari Kremlin, Dmitry Peskov berkata: “Saya sangat kecewa dengan keputusan CAS yang mengaitkan kesemua atlet kami.”

Sekatan itu dikenakan November lalu oleh IAAF selepas satu laporan bebas membongkarkan mengenai isu doping yang berleluasa dalam olahraga di Russia. Ianya kekal hingga Jun apabila majlis IAAF memutuskan bahawa tiada perkembangan yang cukup dilakukan untuk mengubah program anti-doping Russia.

Russia telah memberi hujah bahawa mereka telah mengambil langkah untuk membersihkan sukan tersebut, dan sekatan ke atas atlet yang tidak ada rekod doping adalah tidak adil.

“Dasar tanggungjawab bersama tidak boleh diterima,” kata Peskov.

Agensi berita Interfax memetik kenyataan Menteri Sukan Russia Vitaly Mutko bahawa pegawai Russia akan mempertimbangkan langkah yang perlu diambil ekoran keputusan mahkamah, dan perkara tersebut tidak boleh dibiarkan.

Keputusan sekarang di tangan Mahkamah IOC untuk memutuskan sama ada Russia perlu dikecualikan dari semua acara sukan di Rio, yang akan bermula 5 Ogos ini.

Tekanan ke atas IOC untuk mengambil langkah berkenaan semakin meningkat minggu ini apabila satu lagi laporan yang ditauliahkan oleh Agensi Anti-Doping Dunia mendedahkan bukti satu doping yang ditaja kerajaan secara sistematik oleh pesaing Russia sebelum dan selepas Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi, Russia.

Jawatankuasa Eksekutif IOC bertemu untuk membincangkan isu pada hari Selasa dan walaupung mereka mengutuk aktiviti tersebut dan memulakan prosiding disiplin ke atas semua yang terlibat, mereka menangguhkan sebarang kenyataan mengenai kemungkinan sekatan menyeluruh kerana menunggu nasihat undang-undang dan keputusan dari pendengaran CAS.

IOC dijangka akan membuat keputusan terakhir pada hari Ahad.

IAAF berkata mereka gembira CAS menyokong pendirian mereka.

“Di saat kami bersyukur bahawa undang-undang dan kuasa kami untuk menegakkan peraturan dan kod anti-doping kami disokong, ini bukan hari untuk memberi kenyataan berjaya,” kata Presiden IAAF Sebastian Coe.

“Saya tidak menyertai sukan ini untuk menghalang atlet dari bertanding. Naluri persekutuan kami adalah menyertai, bukan menghalang.”