Football

Zlatan Ibrahimovic ambil alih jersi No.9 dari Anthony Martial

Manchester United telah mengumumkan nombor skuad untuk musim 2016-17, dengan Zlatan Ibrahimovic mengambil jersi No.9 dari Anthony Martial dan jersi No.6 dibiarkan kosong.

Menurut laporan The Sun, United akan menangguhkan pelancaran nombor skuad mereka ekoran kemungkinan kehadiran Paul Pogba.

Pogba mungkin akan bermain di posisi tengah bertahan, oleh itu jersi No.6 akan sesuai dengannya, jika urusan perpindahannya berjaya.

Sebelum ini, Johny Evans merupakan pemain yang memakai jersi No.6 sebelum berpindah ke West Bromwich Albion.

Senarai nombor jersi skuad Manchester United musim 2016/17. Photo credit: Manutd.com
Senarai nombor jersi skuad Manchester United musim 2016/17.
Photo credit: Manutd.com

Memphis Depay terus mendapat kepercayaan untuk menyarung jersi no.7 walaupun sebelum ini bekas bintang United Eric Cantona mencadangkan jersi berkenaan diberikan kepada Zlatan.

Martial yang memakai jersi No.9 musim lalu akan menyarung jersi No.11 yang dipakai oleh Adnan Januzaj sebelum ini, dan Adnan akan menyarung jersi No.15.

Marcus Rashford yang menyarung jersi No.39 ketika membuat penampilan menakjubkan bersama pasukan utama pada bulan Februari akan memakai jersi No.19 yang sebelum ini dipakai oleh bintang legenda United, Dwight Yorke dan Danny Welbeck sebelum dia berpindah ke Arsenal.

Selain Zlatan, pemain baru United yang lain, iaitu Eric Bailly akan memakai jersi No.3 sementara Henrikh Mkhitaryan akan memakai jersi No.22 yang sering dipakainya di Ukraine ketika bermain untuk Shaktar Donetsk di awal kerjayanya. Pemain Armenia itu memakai jersi No.10 ketika bersama Borussia Dortmund, tetapi nombor itu sudah dimiliki ketua pasukan Wayne Rooney.

Juan Mata terus kekal dengan jersi No.8 walaupun terdapat persoalan mengenai adakah dia berada dalam perancangan pengurus United, Jose Mourinho.

Other posts by