Athletics, Football

Usain Bolt berikan pesanan khas kepada Jose Mourinho

Juara pecut dunia, Usain Bolt yang merupakan peminat tegar Manchester United memberikan kelulusannya ke atas pengurus baru kelab berkenaan, Jose Mourinho.

Bolt yang telah merangkul enam pingat emas Olimpik berkata, beliau masih menunggu panggilan dari pengurus Manchester United itu dan menjangkakan bahawa beliau akan menelefonnya selepas Sukan Olimpik Rio.

“Saya belum menerima sebarang panggilan, tetapi saya tahu dia akan berbuat demikian. Saya rasa dia sedang menunggu sehingga tamat Olimpik,” kata Bolt.

Pelari berusia 29 tahun itu yakin Mourinho akan mengembalikan kejayaan kepada United.

“Saya rasa gembira,” kata Bolt. “Saya rasa ianya pilihan yang bagus, Mourinho seorang pemenang, dia berkerja keras untuk memenangi gelaran dan itu apa yang diperlukan Manchester United sekarang.

“DIa sedang membina skuad dan saya tidak sabar untuk melihat pemain yang lebih ternama, saya rasa sangat teruja.”

Selain itu, Bolt turut membuat satu video untuk memberi pesanan khas kepada Jose Mourinho.

https://www.youtube.com/watch?v=BjbQ2Es4R7M

Dalam video berkenaan, beliau berkata bahawa dia yakin dengan Mourinho dan mahukan pengurus tersebut membawa kejayaan kepada Manchester United.

Other posts by