Cycling

Terengganu sapu bersih pingat emas acara berbasikal Sukma

Terengganu merupakan raja jalanan terulung di Sukma.

Pada hari Isnin lalu, pasukan lelaki yang terdiri dari Irwandie Lakasek, Mohd Ameer Ahmad Kamal, Mohd Afiq Huznie Othman dan Mohd Nur Aiman Zariff merangkul pingat emas acara ujian masa berpasukan 65km.

Mereka melakukan catatan masa 1’17:43.003 , hampir dua minit mendahului pasukan Johor di tangga kedua yang terdiri daripada Ahmad Muazzam Iman, Mohd Hisyamuddin Jafar dan Emir Firdaus Zamri (1’19:11,.701.

Wakil Wilayah Persekutuan Mohd Syazrin Shaari, Azli Najmi Zulkefli, Mohd Shaiful Adlan dan Mohd Aliff Farhan membawa pulang gangsa dengan catatan masa 1’23:41.004.

Kejayaan pasukan lelaki diteruskan oleh pasukan wanita yang juga memenangi pingat emas, menjadikan Terengganu menyapu bersih semua lapan acara jalan raya.

Nur Aisyah Zubir, Aimi Iwasaki Moritoshi, Ezzatie Fifiyana Shazwanie dan Sharifah Nur Ilyana muncul juara dengan catatan masa 1’01:39.627. Selangor berada di tempat kedua dengan catatan masa 1’07:56.864 sementara tuan rumah, Sarawak di tempat ketiga dengan 1’08:28.464.

Untuk Aisyah yang baru berusia 19 tahun, ini merupakan emas keempatnya selepas memenangi acara ujian masa individu, 100km individu dan berpasukan lebuh raya.

Jurulatih Terengganu, Syed Mohd Husainie Syed Mazlan memberikan penghargaan di atas prestasi cemerlang pelumbanya.

“Sangat mengejutkan untuk kami menyapu bersih semua acara lebuh raya. Saya tidak menjangkakannya langsung,” kata Husainie.

Other posts by