Bowling

Jane tiada masalah rangkul satu lagi kejuaraan di Eropah

Pemain boling wanita negara, Sin Li Jane berjaya menundukkan pemain lelaki apabila menewaskan mereka berturut-turut dalam siri Jelajah Bowling Eropah (EBT) untuk merangkul kejuaraan minggu kedua berturut di Terbuka Track Dream-Bowl Palace yang berlangsung di Munich, Germany pada hari Ahad.

Li Jane membalas dendam kepada pemain bowling England Dominic Barrett dengan kiraan mata 223-160 di perlawanan akhir.

Li Jane tewas kepada Barrett di San Marino pada 17 Julai sebelum merangkul kejuaraan Terbuka Wanita di Kejohanan Masters yang juga berlangsung di San Marino, Isnin lalu.

Selain Barrett, dia juga menewaskan pemenang empat kali EBT yang berada di kedudukan No.1 iaitu Gery Verbruggen dari Belgium dan wakil Amerika Syarikat Tommy Jones, pemain terbaik tahun 2005-06 Persatuan Pemain Bowling Profesional.

Li Jane menunjukkan aksi hebat dan mendahului sejak berada dalam kelompok pusingan 16 dan empat terakhir

Li Jane membawa pulang cek kemenangan bernilai €5,000 (RM22,354), dan beliau teruja apabila memenangi satu lagi kejuaraan EBT. Ianya merupakan gelaran ketiganya musim ini selepas berjaya di Terbuka Malaysia pada bulan April.

“Terima kasih Munich dan San Marino. Ini perjalanan yang saya tidak akan pernah lupakan.

“Saya gembira kerana memenangi kejuaraan berturut-turut,” ujar pemain bowling berusia 24 tahun itu, yang bergelar naib johan di Terbuka PBA Greater Detroit di Amerika Syarikat awal bulan ini.

Li Jane berkata keyakinan dirinya yang kuat membantu beliau untuk bermain dengan bagus di sirkit Eropah.

“Saya percaya perkara baik berlaku apabila kita berkerja keras, kekal positif dan percayakan diri.”

Ahmad Muaz Fishol merupakan wakil Malaysia kedua terbaik apabila berada di kedudukan ke-16 dalam peringkat 16 terbaik dengan kiraan mata 762.

Terdahulu, lima lagi wakil Malaysia gagal untuk mara ke peringkat 16 terbaik. Zulmazran Zulkifli berada di tangga ke-22 (812), Adrian Ang (23; 811), Syafiq Ridhwan (24; 809), Alex Liew (25;807) dan Timmy Tan (45;776).

Other posts by