Khairul Hafiz dinobat Olahragawan Terbaik Sukma

0
Photo credit: Kosmo

Pelari pecut Melaka, Khairul Hafiz Jantan dianugerah Olahragawan Terbaik Sukma dan pemanah Terengganu, Nur Aqilah Yusof dianugerah sebagai Olahragawati Terbaik Sukma.

Pelari muda itu mencatatkan rekod kebangsaan baru untuk acara 100m dan memecahkan empat rekod Sukma.

Dia memecahkan rekod kebangsaan milik Watson Nyambek dalam acara 100m dan memecahkan rekod kejohanan dalam acara 200m, 4x100m dan 4x400m.

Sementara itu, Nur Aqilah Yusof yang merangkul tiga pingat emas dan dua pingat gangsa dalam Sukma, juga memecahkan rekod kebangsaan acara 70m recurve milik Mon Redee Sutxi yang memungut 328 mata ketika beraksi di Sukan Sea Vietnam 2003.

Nur Aqilah mencatatkan 331 mata untuk muncul juara dan memecahkan rekod Mon Redee dan juga rekod Sukma. Dia juga memecahkan rekod Sukma dalam acara 60m recurve.

Kontinjen Selangor muncul juara keseluruhan apabila memungut 59 emas, 73 perak dan 63 gangsa, menjadikan ia kejuaraan keseluruhan keenam bagi negeri itu dalam Sukma.

Sukma seterusnya akan berlangsung di Perak pada tahun 2018.