Football

Edgardo Bauza dilantik jurulatih Argentina baru

Argentina yang masih terkejut dengan berita perletakan jawatan ketua pasukan Lionel Messi dan jurulatih mereka, Gerardo Martino, telah melantik Edgardo Bauza sebagai jurulatih baru mereka, kata kelab beliau, Sao Paulo semalam.

Bauza yang sebelum ini mengendalikan LDU Quito (2008) dan San Lorenzo (2014) untuk menjuarai Copa Libertadores, akan meninggalkan kelab Brazil tersebut untuk mengambil alih tugas Martino.

“Sao Paulo mengumumkan bahawa Edgardo Bauza telah mendapat dan menerima tawaran Persatuan Bola Sepak Argentina untuk mengendalikan pasukan kebangsaan…Dia meninggalkan kelab selepas bertugas selama lapan bulan,” jelas kelab Brazil tersebut dalam satu kenyataan.

Tugasan paling penting Bauza semestinya adalah untuk memujuk Lionel Messi kembali bersama pasukan kebangsaan menjelang dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung bulan hadapan.

Other posts by