Football

Tempoh penggantungan Wan Zaharulnizam ditambah

Pemain sayap Kelantan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria telah diberikan penggantungan tambahan satu perlawanan.

Jawatankuasa disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memberikan penggantungan lima perlawana dan denda bernilain RM 2000 pada 11 Jun ke atas pemain sayap berkenaan selepas dia didapati bersalah di atas kelakuan ganas ketika Kelantan tewas 5-2 kepada Selangor di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 21 Mei.

Bekas pemain Harimau Muda itu yang telah menjalani penggantungan untuk empat perlawanan, menerima khabar buruk apabila Jawatankuasa Rayuan menolak rayuan beliau untuk meringankan hukuman.

Bahkan, Jawatankuasa Rayuan menambah penggantungan beliau dari lima perlawanan ke enam perlawanan.

Selepas tidak bermain dalam perlawanan menentang Terengganu (15 Julai), Pahang (23 Julai), Johor Darul Ta’zim (26 Julai), dan Felda United (hari Rabu), dia kini akan terlepas perlawanan menentang T-Team (esok) dan Pulau Pinang (16 Ogos).

Jawatankuasa Rayuan turut menolak permintaan untuk melonggarkan hukuman jurulatih Kuantan FA Zulhamizan Zakaria.

Bekas pemain kebangsaan itu digantung selama tujuh bulan dan didenda RM3000 di atas salah laku dan menghina pengadil ketika perlawanan Liga Perdana menentang UiTM FC di Shah Alam pada 26 Februari dan perlawanan menentang Perak dalam saingan Piala FA di Ipoh pada 5 Mac.

Other posts by