Olympics, Swimming

Welson samai rekod kebangsaan acara renang 200m di Rio

Perenang negara Welson Sim berjaya menyamai rekod kebangsaan miliknya dalam acara 200m gaya bebas di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, namun dia tidak begitu gembira.

Perenang berusia 19 tahun itu mencatatkan masa 1:46.67 untuk menamatkan saingan ketiga di tempat keenam pada hari Ahad di Stadium Akuatik Olimpik. Dia mencatatkan rekod kebangsaan itu di Singapura pada bulan Mac.

Welson berharap untuk mencatatkan rekod baru di Rio dengan persaingan yang sengit, tetapi gagal berbuat demikian.

“Saya sangat kecewa. Saya boleh buat lebih baik,” kata Welson yang menamatkan saingan di antara 47 orang perenang itu di tempat ke-26.

Pada hari Sabtu, Welson mencatakan masa 3:51.57 dan gagal untuk memecahkan rekod kebangsaannya iaiti 3:50.33. Dia berada di tempat ke-34 dari 50 perenang.

Seorang lagi perenang Malaysia, Phee Jing En turut beraksi pada hari Ahad namun perenang wanita itu meninggalkan kolam dengan penuh kekecewaan dalam penampilan pertamanya di Olimpik.

Perenang berusia 19 tahun yang beraksi dalam acara 100m kuak lentang mencatakan 1:10.22 untuk berada di tempat kedua di saingan kedua. Tetapi ianya jauh dari rekod kebangsaan miliknya iaitu 1:08.65 yang dicipta dalam kejohanan Terbuka Malaysia tahun ini.

Itu merupakan satu-satunya acara disertai Jing En di sana sementara Welson masih akan beraksi dalam acara 1500m pada 12 Ogos.

Other posts by