Football

#Pogback: Paul Pogba sah pulang ke Manchester United

Manchester United telah membuat pengumuman di laman sosial mereka mengenai kepulangan Paul Pogba ke Old Trafford.

Paul Pogba yang menjadi topik hangat musim perpindahan kali ini, semakin hampir untuk menyertai Manchester United dengan rekod perpindahan dunia dan pengurus Manchester United, Jose Mourinho, berkata pemain Perancis itu akan bermain di kelab yang betul untuk menjadi pemain terbaik di dunia.

Juventus telah memberi kebenaran kepada Pogba untuk menjalani pemeriksaan kesihatan untuk melengkapkan kepulangannya ke Old Trafford, jelas satu kenyataan dari United.

Pogba meninggalkan United untuk menyertai Juventus pada tahun 2012, dengan bayaran pampasan 800,000 pound. Dia bersedia untuk kembali dengan bayaran perpindahan 105 juta Euro, sekaligus menenggelamkan rekod perpindahan Gareth Bale ke Real Madrid dari Tottenham pada tahun 2013 iaitu 101 juta Euro.

“Saya tidak rasa Real kecewa apabila mereka memecahkan rekod dengan Gareth Bale atau Cristiano (Ronaldo). Saya tida rasa kita patut bersedih – kita patut berbangga,” kata Mourinho.

“Bolasepak itu gila dan pasaran perpindahan telah menjadi gila. Anda mungki rasa musim ini ianya gila, tiga tahun lagi anda akan sedar ianya tidak gila lagi.”

Kenyataan United menyatakan bahawa pemeriksaan perubatan akan dijalankan di pusat latihan kelab berkenaan, tetapi tidak memberitahu bila ia akan dijalankan.

“Akhirnya,” kata Mourinho, apabila ditanya mengenai ketibaan Pogba selepas kemenangan 2-1 United ke atas Leicester dalam aksi Piala Sumbangsih. “ Sangat menakjubkan kerana pemain hebat seperti dia akan bersama kami. Akhirnya kami berjaya dapatkan dia.”

“United kelab terbaik untuk dia meningkat ke tahap yang dia mahukan,” tambah Mourinho. ‘Liga Perdana merupakan tempat terbaik, jika anda mahu menjadi pemain terbaik di dunia. Jika anda pergi ke Barcelona atau Real Madrid, anda akan berdepan masalah kerana saya tidak rasa dua pemain hebat di sana (Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo) akan membenarkannya. Di sini dia akan bermain di liga yang paling disaksikan seluruh dunia, di mana ianya sesuatu yang menakjubkan. Bersama pasukan yang mahu meletakkan Manchester United kembali di puncak. Kami mempunyai segalanya untukd ia dan kami tahu kenapa dia mahu menyertai kami.”

“Wang, dia boleh dapatkan di mana-mana kelab,” kata Mourinho. “Dia datang kerana dia tahu kelab ini, bandar ini, kebanyakan pemain di sini dan mahu menjadi bahagian penting dalam projek ini. Harapnya semua berjalan lancar.”

Other posts by