Pandelela-Jun Hoong rangkul pingat pertama Malaysia di Rio

0
Photo Credit: Astro

Penerjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong memenangi pingat pertama untuk Malaysia di Sukan Olimpik Rio selepas merangkul pingat perak dalam acara 10m platform seirama wanita pada hari Selasa.

Pandelela-Jun Hoong mencatat kiraan mata 344.34 dari lima terjunan di Pusat Akuatik Maria Lenk.

Pingat emas dimenangi oleh penerjun China Chen Roulin-Lui Huixa dengan 354.00 jumlah mata dan penerjun Kanada Benfeito-Roseline Filion merangkul pingat gangsa dengan kutipan mata 336.18.