Rugby / NFL

Pasukan Ragbi 7-Sebelah Jepun cipta kejutan kalahkan All Blacks

Jepun mencipta kejutan di hari pertama acara ragbi 7-sebelah apabila berjaya menewaskan New Zealand 14-12.

Menambahkan hari duka pasukan All Blacks, mereka kehilangan tonggak utama mereka, Sonny Bill Williams apabila dia terpaksa dikeluarkan di awal separuh masa kedua selepas mengalami kecederaan dan dikatakan bakal terlepas semua perlawanan di Olimpik.

Jepun layak mememangi perlawanan ini, apabila mendahului di awal permainan menerusi Truya Goto dan mengejutkan New Zealand dengan corak permainan pantas mereka.

New Zealand kembali di hadapan menerusi try dari Scott Curry dan Akira Ioane, hanya untuk Jepun menyamakan kedudukan menerusi Kameli Soejima. Katsuyuki Sakai menjarakkan kedudukan menerusi conversion dan Jepun terus bertahan untuk memberikan kejayaan kepada pasukan mereka.

“Kami mula merasa yakin dan New Zealand pula mula bergelut sedikit,” kata pemain Jepun Lomano Lemeki. “Kami berfikir, jika kami terus menggerakkan bola, pemain besar mereka akan letih dan terbukti ia benar. Kami mempunyai perancangan untuk menentang New Zealand- bermain dengan kepantasan kami dan mereka akan bergelut.

“Ini sangat mengejutkan. Kita tidak pernah melihat pasukan kecil datang ke sini dan menewaskan pasukan yang dijangka akan menang pingat emas. Secara jujurnya, saya masih terkejut.”

Australia juga turut dikejutkan oleh Perancis pada hari pertama , sementara Argentina memerlukan jaringan di akhir permainan untuk mengelakkan kekalahan kepada Amerika Syarikat. Pasukan Great Britain memulakan kempen mereka dengan kemenangan mudah 31-7 ke atas Kenya.

Other posts by