Video: Usain Bolt akhirnya temui pesaing yang lebih pantas

0
Photo Credit: David J. Phillip / The Associated Press

Raja pecut antarabangsa, Usain Bolt terkenal dengan kelajuannya. Lariannya yang pantas membuatkan ramai pesaingnya merasa gentar apabila berdepan dengannya. Satu demi satu pingat emas Olimpik dimenangi oleh pelari dari Jamaica ini.

Namun, kini Usain Bolt sudah menemui pesaing yang lebih pantas darinya.

Memperkenalkan, Anthony Brooks. Dia bukanlah pelari pecut, tetapi dia adalah pakar kiub rubik.

Anthony membuat keputusan untuk menyelesaikan kiub rubiknya lebih pantas dari larian Bolt dan dia berjaya menewaskan catatan masa 9.81 yang dicipta Bolt.

Anda rasa Anthony sudah pantas? Anda salah, rekod dunia bagi menyelesaikan kiub rubik dipegang oleh seorang remaja berusia 14 tahun dari Kentucky yang menyelesaikannya dalam 4.904 saat.