Football

Eksklusif: Visi TMJ untuk Johor mengagumkan – Pengarah BVB Carsten Cramer

Originally written in English by Keeshaanan Sundaresan

Jika anda sangkakan Tunku Ismail hanya dikagumi di Malaysia, anda salah.

Fourthofficial.com melawat Dortmund awal minggu ini dan ianya tidak mengambil masa lama untuk menyedari bahawa TMJ mempunyai peminat di kalangan pegawai di Borussia Dortmund.

JDT mengikat hubungan bersama Die Borussen pada Mac 2015 dan setakat ini, Pengarah Pemasaran dan Jualan Dortmund, Carsten Cramer, menyatakan bahawa visi masa panjang TMJ untuk kelabnya selari dengan aspirasi Dortmund untuk membantu budaya bolasepak di seluruh dunia.

Photo Credit: Bundesliga
Photo Credit: Bundesliga

“Kami suka dengan pemimpin Johor DT (TMJ). Dengan semua wang yang dia ada, mudah sahaja untuk dia ‘membeli’ kejayaan seperti orang lain di Eropah. Namun, dia tidak mahu membeli kejayaan, dia mahu mendidik masyarakat di Johor DT,” kata Cramer, apabila ditanya mengenai Tunku Ismail.

“Dia mempunyai visi masa panjang untuk pasukan dan dia mahu membina budaya. Untuk kami, itu perkara yang bagus dan Dortmund sentiasa mahu membantu kelab dan pemimpin seperti itu. Oleh itu, kami gembira dengan hubungan bersama Johor.”

Sejak perkongsian itu berlaku, kedua-dua pihak telah memulakan pelbagai projek bersama, termasuk latihan Gary Steven Robbat selama tiga bulan di Dortmund, tahun lalu. Der BVB juga terbang ke Johor untuk perlawanan persahabatan pra musim menentang Harimau Selatan, musim panas lalu.

Photo Credit: Johor DT
Photo Credit: Johor DT

Beberapa orang jurulatih dari Dortmund juga telah dihantar ke Johor, untuk membantu Harimau Selatan untuk membentuk semula program pembangunan remaja mereka – namun Cramer pantas menafikan bahawa mereka tidak mempunyai perancangan untuk mencuri pemain muda JDT.

“Tidak, kami bukan kelab seperti itu. Untuk kami, semuanya untuk menyebarkan cara Dortmund. Kami semua keluarga di Dortmund, dan kami hanya mampu membantu membina keluarga di Johor. Itu yang membezakan kami dari kelab lain di Eropah,” tambah beliau.

Sementara itu, legenda Dortmund Lars Ricken percaya bahawa Gary Steven Robbat mempunyai kualiti yang cukup untuk berjaya, tetapi kekurangan dari segi ketangkasan dan kepantasan. Anda boleh membacanya di SINI

Other posts by