Badminton

V Shem harap akan berjaya di perlawanan akhir

Goh V Shem menukar namanya untuk menambah nasib baik.

Dari Wei Shem, dia menukar namanya kepada V Shem , dan sejak itu pelbagai kejayaan dinikmatinya.

Pada hari Jumaat, dia berharap akan berjaya bersama Tan Wee Kiong dalam acara bergu lelaki menentang pasangan China Fu Haifeng-Zhang Nan di Riocentre Pavilion 4.

V Shem-Wee Kiong mara ke perlawanan penentuan pingat emas selepas menewaskan Chai Biao-Hong Wei dari China 21-18, 12-21, 21-17 di separuh akhir pada hari Selasa.

“Saya menukar nama saya kerana ia lebih baik untuk saya. Ianya juga lebih mudah diingati. Selepas nama saya ditukar, saya menang Terbuka Malaysia (pada tahun 2014 bersama Lim Khim Wah),” jelas pemain berusia 27 tahun itu.

Selepas gandingannya bersama Khim Wah dipisahnkan pada 2014, V Shem bergandingan bersama Wee Kiong. Mereka telah berjaya memenangi dua emas – bergu lelaki dan berpasukan campuran – di Sukan Komanwel 2014 di Glasgow dan pingat gangsa di Piala Thomas 2014 di New Delhi.

V Shem-Wee Kiong merupakan pemenang di Grand Prix Amerika Syarikat tahun lalu dan Grand Prix India tahun ini.

“Saya rasa kami sudah buat yang terbaik di temasya ini. Kami mempunyai komunikasi dan kerjasama yang bagus,” kata V Shem.

V Shem-Wee Kiong telah bertemu Haifeng-Zhang Nan tiga kali dalam kerjaya mereka dan mendahului bergu China itu 2-1. Dalam pertemuan pertama mereka – di Terbuka Perancis 2014 – Gandingan Malaysia itu menang 21-19, 9-21, 21-19. Gandingan China itu menang 21-14, 21-15 di Terbuka Indonesia tahun lalu. Di Rio, V Shem-Wee Kiong menewaskan bergu China itu 16-21, 21-15, 21-18 untuk menjuarai kumpulan B.

Menjelang perlawanan terpenting dalam hidupnya mala mini, V. Shem berkata: “Kami harap kami akan bermain dengan baik. Saya akan memberi yang terbaik dan berusaha keras untuk menang pingat (emas).”

“Wee Kiong menambah: “Mara ke perlawanan akhir adalah kejayaan terbesar kami. Saya rasa sikap kami di atas gelanggang adalah kekuatan kami. Kami tidak menyerah kalah…dan terus berusaha.”

 

Other posts by