Football

Pogba sah akan membuat penampilan pertama untuk MUFC menentang Southampton

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengesahkan Paul Pogba akan membuat penampilan pertama untuk Manchester United pada hari Jumaat menentang Southampton.

Pogba yang menyertai semula United dengan nilai perpindahan termahal dunia dari Juventus dengan harga £89.3 juta sebelum musim bermula.

Namun, pemain Perancis itu tidak dapat bermain dalam perlawanan pertama United ketika menentang Bournemouth minggu lalu kerana digantung perlawanan.

Pemain Perancis itu menerima penggantungan satu perlawanan selepas mendapat dua kad kuning dalam saingan Coppa Italia, dan penggantungan itu dibawa ke England.

Pemain berusia 23 tahun itu kini akan membuat penampilan pertamanya bersama pasukan menentang Southampton di Old Trafford pada hari Jumaat, tetapi dia mungkin tidak diletakkan dalam kesebelasan utama.

Mengenai peluang Pogba untuk bermain, Mourinho berkata: “Kami bermain menentang Leicester dengan pemain yang kurang latihan berbanding dia dan kami melihat perlawanan itu sebagai cara untuk meningkatkan mereka dan mempercepat proses.

“Dengan Paul ianya lebih kurang sama- dia tidak bermain langsung ketika pra musim tetapi selepas hampir dua minggu berlatih bersama kami, kadang kala bersama pasukan, kadang kala berasingan, dan keadaannya sesuai untuk bermain beberapa minit.

“Dia telah menyesuaikan diri dengan mudah kerana dia tahu kelab ini, kenal semua orang. Dia tidak perlukan masa untuk menyesuaikan diri, tetapi dia perlukan masa untuk meningkatkan keadaanya dan kefahamannya mengenai bagaimana pasukan bermain dan bagaimana dia akan sesuai dengannya.

“Dia perlukan masa untuk membina keadaannya dan kefahamannya mengenai bagaimana pasukan bermain. Ya, dia sudah sedia untuk bermain. 90 minit? Saya rasa tidak. Persembahan hebat? Saya rasa tidak. Tetapi dalam keadaan untuk mempercepat proses penyesuaiannya ke dalam pasukan, itu sudah pasti.

Other posts by