Cycling

Pelumba Terengganu mulakan persiapan untuk Olimpik Tokyo

Pasukan Lumba Basikal Terengganu (TSG) telah memulakan persiapan untuk pelumba mereka layak ke Olimpik 2020 di Jepun.

Ketua Pengarah Eksekutif TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata pasukan itu akan melalui pelbagai transformasi dengan harapan pelumba mereka bukan sahaja akan layak, bahkan memenangi pingat untuk Malaysia di temasya sukan tersebut.

Ahmad Farhan berkata TSG kini berada di kedudukan kelima di antara 70 pasukan di Jelajah Asia, dan pelumba mereka kini berada dalam kedudukan untuk memungut lebih banyak mata untuk layak ke Olimpik.

“TSG akan menyertai sekurang-kurangnya lima kejohanan antarabangsa dalam masa dua bulan ini, termasuk Jelajah Malaysia yang akan berlangsung pada bulan Oktober,” kata beliau ketika dihubungi Bernama.

Kejohanan lain yang akan disertai mereka adalah Jelajah China 1 dan 2 (9-16 September), Jelajah Almaty, Kazakhstan (2 Oktober) dan Jelajah Sharjah, UAE (24-28 Oktober).

Dalam perkembangan lain, Ahmad Farhan mengucapkan tahniah kepada pelumba negara Azizulhasni Awang, yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio.

Dia berkata, kejayaan anak kelahiran Dungun itu akan menaikkan semangat pelumba TSG untuk layak ke Olimpik 2020.

Other posts by