Football

Sporting Lisbon umum perpindahan Joel Campbell di Twitter

Menjadi kebiasaan pasukan untuk mengumumkan kemasukan pemain baru dengan cara yang berbeza. Ada yang mengambil pendekatan biasa dengan mengumumkan menerusi sidang media, namun ada juga yang menggunakan media sosial untuk membuat pengumuman seperti perpindahan Paul Pogba dan Zlatan Ibrahimovic ke Manchester United.

Sporting Lisbon turut menggunakan laman twitter mereka untuk mengumumkan kehadiran penyerang Arsenal, Joel Campbell yang dipinjam selama satu musim ke pasukan mereka.

Screen Shot 2016-08-22 at 10.16.45 AM

 

Screen Shot 2016-08-22 at 10.16.56 AM

Apa yang mereka lakukan? Joel Campbell menghantar satu tweet kepada kelab Portugal itu dengan menyatakan bahawa Sporting patut menandantanganinya. Mereka memberikan jawapan lengkap bersama gambar pemain itu menyarung jersi hijau putih kelab itu.

Ia dilihat seakan-akan satu perbualan di twitter oleh dua rakan karib.

Campbell menjaringkan empat gol dari 30 penampilan bersama Arsenal musim lalu. Sebelum ini, penyerang Costa Rica ini telah dipinjamkan ke Lorient, Real Betis, Olympiacos dan Villareal.

Other posts by