Football

Liga Futsal Kebangsaan bermula Januari 2017

Liga Futsal Kebangsaan (LFK) yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada Mac atau April lepas tetapi ditangguhkan, kini akan berlangsung pada Januari tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjamin bahawa LFK akan berlangsung seperti yang dijadualkan walaupun penaja utama baru belum ditemui selepas Felda menarik diri sebagai penaja utama.

“Penangguhan LFK tidak disengajakan kerana Felda menarik diri sebagai penaja utama selepas menjadi telah menaja liga sebelum ini. Penarikan diri mereka mengganggu perancangan kami dan jawatankuasa tiada pilihan selain menangguhkan liga ke Januari 2017.

“Liga akan diteruskan walaupun tiada penaja. Untuk saya LFK akan terus berlangsung walaupun ia bermakna menggunakan duit FAM sendiri, kata Mohd Yusoff yang juga merupakan pengurus pasukan Futsal kebangsaan kepada Bernama.

Sementara itu, Malaysia telah diundi di dalam Kumpulan B untuk Kejohanan Futsal Asean yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 31 Oktober hingga 8 November.

Malaysia yang telah muncul sebagai naib johan di tiga kejohanan sebelum ini, akan memulakan kempen dengan aksi menentang Myanmar, Laos, SIngapura dan Indonesia sementara juara bertahan Thailand berada dalam kumpulan A bersama Vietnam, Brunei dan Timor Leste.

Other posts by