Football

Kim Swee tangguh umum senarai nama pemain untuk perlawanan menentang Indonesia

Ketua jurulatih Malaysia, Datuk Ong Kim Swee telah menangguhkan pengumuman senarai pemain kebangsaan untuk perlawanan persahabatan menentang Indonesia di Stadium Manahan, Solo pada 6 September.

Kim Swee sepatutnya mengumumkan senarai nama pemain pada hari Rabu selepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia namun telah membuat keputusan menamakan senarai 25 pemain selepas perlawanan Liga Super pada hari Rabu.

“Saya sudah ada senarai asal 45 orang pemain yang akan dipanggil ke kem latihan kebangsaan,” jelas bekas pemain kebangsaan tersebut dalam satu kenyataan media.

“Namun saya terpaksa menangguhkan pengumuman itu sehingga selepas perlawanan Liga Super pada hari Rabu, kerana tidak dapat membuat keputusan untuk satu atau dua posisi lagi.

“Ini kerana saya perlu lakukan perubahan kepada skuad, selepas empat pemain bersara baru-baru ini dari pasukan kebangsaan, sementara ada yang dipanggil sebelum ini mengalami kecederaan.”

Kim Swee dijangka akan mengumumkan senarai pemain pada hari Khamis.

Other posts by