Football

Pemain Man United nasihatkan Bastian Schweinsteiger berhenti menyaksikan perlawanan tennis isterinya

Pemain-pemain Manchester United memberitahu Bastian Schweinsteiger untuk berhenti menonton tennis dan fokus untuk mendapatkan kecergasan ketika bintang Jerman itu tercedera musim lalu.

Sportsmail difahamkan bahawa terdapat sekumpulan pemain senior di Old Trafford berang dan tidak berpuas hati melihat gambar rakan sepasukan mereka menyaksikan perlawanan isterinya Ana Ivanovic ketika mereka jatuh ke tangga kelima musim lalu dan berdepan dengan pemenang Piala Dunia itu untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

Schweinsteiger diberitahu bahawa rakan sepasukannya sudah muak melihat dia mengelilingi dunia menyaksikan perlawanan tennis isterinya ketika dia sepatutnya fokus dengan pemulihannya di Manchester.

Pemain berusia 32 tahun itu diberitahu gambar beliau menyokong isterinya di Miami dan Madrid sementara pemain United lain berhempas pulas untuk merebut tempat keempat musim lalu memberikan gambaran buruk kepada pemain muda kelab dan penyokong.

Gambar-gambar tersebut turut mempengaruhi pengurus baru, Jose Mourinho, yang membuat keputusan bahawa Schweinsteiger tiada masa depan di United sebelum dia tiba di kelab berkenaan. Bekas pemain Bayern Munich itu hanya berada dalam kesebelasan utama dalam 13 perlawanan musim lalu dan kini dipulaukan dari skuad utama serta diarahkan untuk berlatih bersama skuad bawah-23 tahun.

Other posts by