Football

Paul Pogba beri nasihat berkenaan ‘cinta’

Dia mungkin pemain termahal dunia selepas berpindah ke Manchester United dan mempunyai skil bolasepak yang menakjubkan, namun nampaknya Paul Pogba juga mempunyai kepakaran dalam bidang lain—iaitu bidang hubungan percintaan.

Pemain berusia 23 tahun itu dikenali dengan gaya rambut yang pelik dan menakjubkan.

Namun, seorang peminatnya tidak berjaya meniru gaya rambut beliau dan menyuarakan ketidak puasan hatinya di media sosial.

Screen Shot 2016-08-29 at 12.18.31 PM
Photo credit: ESPN.com

Pogba memberikan balasan yang sangat sinis kepada peminat berkenaan dengan mencadangkan bahawa gaya rambutnya tidak bermasalah.

Selepas mendengar nasihat Pogba, mungkinkah peminat berkenaan akan mengekalkan gaya rambutnya atau mengubahnya? Walau apa pun, kita mungkin akan melihat Pogba membuat gaya rambut baru apabila pasukan Perancis bertemu Itali pada 1 September ini.

Other posts by