Football

Bandar Madrid tuntut €18.4 juta dari Real

Pemerintah bandar Madrid hari ini berkata mereka akan memburu Real Madrid untuk €18.4 juta (RM83.1 juta) berkenaan bantuan negeri yang menyalahi undang-undang yang perlu dibayar semula seperti diarahkan oleh Suruhanjaya Eropah.

Real, Barcelona dan banyak kelab lagi didapati menerima “kelebihan yang tidak adil” oleh suruhanjaya berkenaal pada Julai kerana kesalahan cukai dan urusniaga jualan tanah yang melebihi harga.

“Majlis perbandaran akan merangka langkah-langkah yang sewajarnya untuk menjalankan keputusan Suruhanjaya Eropah untuk mengambil semula bantuan €18.4 juta yang diberikan kepada Real Madrid,” kata pegawai kerajaan tempatan dalam satu kenyataan.

“Di permulaan September, tempoh dua bulan telah diberikan oleh Brussels kepada majlis perbandaran untuk menunjukkan kepada suruhanjaya jumlah keseluruhan (jumlah hutang dan bunga) yang akan dikutip, penerangan mengenai cara yang akan diambil dan dokumen yang menunjukkan kelab itu telah diarahkan untuk membayar balik bantuan yang akan tamat.”

Kelab berkenaan telah bersetuju untuk menjual sebidang tanah kepada kerajaan Madrid pada tahun 1998, satu transaksi yang akhirnya tidak disempurnakan.

Sebagai satu pampasan di atas kegagalan menyempurnakan urusan tersebut, Real menerima €22.7 juta dari kerajaan tempatan pada tahun 2011.

Harga tanah tersebut ketika itu dalam perjanjian asal pada tahun 1998 hanya €595,000.

Hasil siasatan Suruhanjaya berkenaan menunjukkan Real Madrid hanya berhak menerima pampasan sebanyak €4.3 juta, sekaligus menunjukkan mereka mendapat kelebihan sebanyak €18.4 juta.

Kelab berkenaan telah memberi isyarat mengenai niat mereka untuk membuat rayuan berkenaan perintah suruhanjaya berkenaan di Mahkamah Keadilan Eropah.

Other posts by