Football

Ketua jurulatih JDT terlibat dalam kemalangan

Ketua Jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Mario Gomez dilaporkan terlibat dalam kemalangan pada hari Rabu lalu.

Setiausaha Kehormat kelab berkenaan, Kapten Mohamad Fahmy bin Yahya mengumumkan perkara berkenaan menerusi laman Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers.

Memetik dari kenyataan di laman berkenaan: “Mario Gomez, Jurulatih Johor Darul Ta’zim telah terlibat dalam kemalangan kecil pada 31 Ogos 2016 di rumahnya. Mario hanya mengalami kecederaan ringan dan sedang dirawat di Hospital Pakar KPJ Johor. Beliau kini dalam keadaan stabil dan akan dibenarkan pulang ke rumah esok”.

Liga Super Malaysia berehat seketika bagi memberi laluan kepada kalendar antarabangsa FIFA di mana Malaysia akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Indonesia pada 6 September ini.

Other posts by