Badminton

Eei Hui yakin kekuatan bergu campuran negara

Jurulatih bergu campuran negara Chin Eei Hui telah menukar nasib dua pasangan campuran negara sejak mengambil alih tahun lalu.

Dan Eei Hui yakin bahawa masa depan gandingan pemenang pingat perak Olimpik Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing cerah.

Peng Soon-Liu Ying naik tiga anak tangga untuk berada di kedudukan No.8 dunia selepas beraksik baik di Rio de Janeiro. Ia merupakan kedudukan terbaik pasangan berkenaan sejak Liu Ying kembali selepas pembedahan di dua belah lututnya tahun lalu. Sebelum itu, Peng Soon-Liu Ying berada di ranking ketiga dunia.

Kian Meng-Pei Jing, yang baru digandingkan November lalu, telah naik ke kedudukan No.25 dunia untuk menempatkan diri sebagai gandingan kedua negara.

Eei Hui bersyukur kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberikan tanggungjawab kepada jurulatih tempatan untuk melatih pemain. Pang Cheh Chang adalah seorang lagi jurulatih bergu campuran.

Eei Hui yang pernah beraksi sebagai bergu wanita No.1 negara bersama Wong Pei Tty sebelum bersara pada tahun 2012, kini menikmati peranannya sebagai jurulatih.

“Ini tahun keempat saya sebagai jurulatih BAM. Saya ditugaskan bersama bergu campuran 15 bulan lalu.

“Sebagai bekas pemain, saya hanya boleh menasihatkan pemain untuk tidak mengulangi kesilapan saya. Ianya memuaskan hati apabila mereka (Peng Soon-Liu Ying) mereka berjaya mara untuk memenangi pingat Olimpik,” kata Eei Hui.

Tugas seterusnya untuk Eei Hui adalah mempersiap mereka untuk dua kejohanan pada bulan ini.

Kian Meng-Pei Jing akan menyertai Indonesian Masters yang akan berlangsung di Balik Papan pada hari Rabu. Sementara Peng Soon-Liu Ying akan beraksi di Terbuka Jepun pada 20-25 September.

Other posts by