Football

Leicester teruk dan Robbie Keane antara tiga pemain terbaik dunia – Steven Gerrard

Legenda Liverpool itu membuat komen berkenaan apabila seorang peminat cilik berkata dia akan meninggalkan LA Galaxy untuk menyertai juara bertahan Liga Perdana itu.

Dalam temuramah tersebut, yang dimuatnaik oleh LA Galaxy, bekas pemain England itu ditemubual oleh seorang peminat cilik yang bermain untuk LA Galaxy.

Peminat cilik itu memberitahu Gerrard bahawa dia mahu meninggalkan kelab berpengkalan di Los Angeles itu untuk menyertai juara Liga Perdana, Leicester.

Menjawab kenyataan peminat cilik itu, Gerrard berkata: “Bagaimana dengan Liverpool? Atau Barcelona? Atau Real Madrdi? Jangan pergi ke Leicester, mereka teruk,” katanya sambil bergurau kepada peminat cilik itu.

Legenda Liverpool itu turut mendedahkan bahawa idolanya semasa membesar adalah bintang Perancis Zinedine Zidane dan dia sering cuba meniru pemain berkenaan semasa kecil.

Dia menyambung: “Ketika saya sama usia dengan kamu dia [Zidane] merupakan pemain terbaik di dunia.

“Saya sering cuba meniru gayanya di jalanan semasa bermain dan berlatih.

“Dia pemain terbaik di dunia ketika itu dan kini pastilah Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dan Robbie Keane.

“Mereka adalah tiga pemain terbaik di dunia, bukan?”

Other posts by