Athletics, Others

#EmasUntukMalaysia – Atlet Paralimpik rangkul pingat emas pertama Malaysia

Sejarah tercipta buat Malaysia. Negaraku akhirnya berkumandang di bumi Brazil.

Setelah kita kecewa apabila Malaysia tidak berjaya merangkul pingat emas di Sukan Olimpik, atlit Paralimpik Malaysia berjaya membuktikan Malaysia mampu melahirkan juara dunia.

Photo credit: Twitter @Khairykj
Photo credit: Twitter @Khairykj

Pelari pecut negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya merangkul pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan Paralimpik. Ridzuan yang juga dikenali sebagai Mr. Dash merangkul pingat emas pertama negara dan mencatatkan rekod baru Sukan Paralimpik dengan catatan masa 12.07 saat.

Ridzuan menewaskan pesaing terdekatnya Yang Yifei dari China yang merangkul pingat perak dan pelari tuan rumah Parreira da Silva yang merangkul pingat gangsa.

Photo credit: Twitter @Tyrishx
Photo credit: Twitter @Tyrishx

Sementara itu, emas kedua negara hadir menerusi acara lontar peluru kategori F20 menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli. Ziyad yang memenangi pingat gangsa di Sukan Paralimpik London 2012, berjaya mencipta kejutan apabila memecahkan rekod dunia sebanyak dua kali.

Ziyad mencatatkan lontaran sejauh 16.40m dalam lontaran pertamanya sekaligus memecahkan rekod dunia yang dipegang atlit Australia Todd Hodgets di Sukan Paralimpik 2012 (16.29m). Namun, dia tidak berhenti di situ dan sekali lagi memecahkan rekod dunia yang diciptanya sendiri apabila membuat lontaran sejauh 16.84m.

Photo credit: Twitter @MSNMalaysia
Photo credit: Twitter @MSNMalaysia

Dua pingat emas. Satu rekod Sukan Paralimpik dipecahkan dan rekod dunia dipecahkan dua kali dalam satu acara.

Seorang lagi prospek emas Malaysia, Abdul Latif Romly akan beraksi dalam acara lompat jauh pada pukul 9.20 malam (waktu Malaysia) nanti.

Other posts by