Athletics

Latif, Ziyad akan menerima tambahan RM20,000 kerana memecahkan rekod dunia

Abdul Latif Romly dan Ziyad Zolkefli akan mendapat tambahan berjumlah RM20,000 sebagai imbuhan kerana memecahkan rekod dunia dalam acara masing-masing di Sukan Paralimpik.

Ini tambahan kepada ganjaran berjumlah RM1 juta yang akan diterima mereka kerana memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN).

Ziyad memecahkan rekod dunia sebanyak dua kali ketika merangkul pingat emas acara lontar peluru F20 pada hari Sabtu.

Sebelum itu, Mohd Ridzuan Mohd Puzi telah merangkul pingat emas pertama dalam sejarah Sukan Paralimpik Malaysia menerusi acara 100m T36 – dan memecahkan rekod Paralimpik.

Pada hari Ahad, giliran latif pula melengkapkan hatrik pingat emas buat kontinjen Malaysia apabila memecahkan rekod dunia sebanyak tiga kali dalam acara lompat jauh T20.

Menerusi kemenangan tersebut, ketiga-tiga atlit itu juga akan menerima pencen sebanyak RM5,000 sebulan untuk seumur hidup mereka.

Atlit Para di Malaysia menerima ganjarang yang sama dengan rakan mereka yang biasa di bawah skim insentif MSN yang disemak semula.

Other posts by