Athletics

Empat pelari Paralimpik pecahkan catatan masa Olimpik acara 1500m

Bukan seorang, bukan dua orang tetapi empat orang atlit Paralimpik – termasuk dua adik beradik dari Algeria – berlari dengan begitu pantas dalam acara akhir 1500m T12/T13 pada hari Ahad lalu hinggakan catatan masa mereka mampu membuatkan mereka memenangi pingat emas dalam acara yang sama.

Kuartet tersebut yang mengalami masalah penglihatan, kesemuanya menewaskan catatan masa juara Olimpik Matthew Centrowitz Jr dari Amerika Syarikat, yang mencatatkan masa 3 minit 50 saat untuk memenangi pingat emas di temasya Olimpik di Rio de Janeiro bulan lalu.

Pelari Algeria, Abdellatif Baka muncul juara dalam satu perlumbaan yang sangat sengit, melintasi garisan penamat dengan rekod dunia 3 minit 48.29 saat.

Tamiru Demisse dari Ethiopia (3 min 48.49s) dan pelari Kenya Henry Kirwa (3min 49.59s) menamatkan larian di tempat kedua dan ketiga.

Adik Baka, Fouad, terlepas merangkul pingat apabila berada di tempat keempat dengan catatan masa 3min 49.84s.

“Ianya tidak mudah untuk memenangi pingat emas ini,” kata Abdellatif kepada laman web rasmi Paralimpik selepas perlumbaan tersebut.

“Saya telah berkerja keras selama dua tahun dan ianya sangat sukar untuk saya.”

Sukan Paralimpik Rio, yang berlangsung sebulan selepas Sukan Olimpik, bermula pada 7 September lalu dan akan tamat pada 18 September nanti.

Other posts by