Football

Malaysia belasah Filipina 5-0 di Kejohanan AFF Bawah 19 tahun

Malaysia memulakan kempen di Kejohanan Piala AFF Bawah 19 tahun di Vietnam dengan langkah kanan.

Anak buah Frank Bernhardt membelasah skuad muda Filipina 5-0 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Hang Day semalam.

Skuad muda Malaysia menjaringkan gol menerusi Mohd Hariz Kamaruddin (minit ke-37), Muhd Jafri Chew (minit ke-41), Muhd Shah Amirul (minit ke-70,penalti), Syamer Kutty Abba (minit ke-79) dan Badrul Amin Roslan (minit ke-90).

Malaysia akan bertemu Singapura dalam perlawanan kedua pada hari Khamis. Singapura seri 0-0 ketika bertemu Vietnam dalam perlawanan pembukaan pada hari Isnin.

Tahun lalu, Malaysia tersingkir di separuh akhir selepas tewas 5-0 kepada Thailand.

Other posts by