Football

Malaysia B-16 berdepan Iraq dalam misi wajib menang

Malaysia perlu menewaskan pasukan pilihan Iraq untuk kekal bersaing bagi melayakkan diri ke suku akhir Kejohanan Akhir AFC Bawah-16 tahun.

Jurulatih pasukan Bawah-16 negara P.Somasundram berkata pasukannya perlu menang di Stadium Pandit Jawarharlal Nehru di Goa,India hari ini (waktu Malaysia 6.30pm) untuk memastikan peluang mereka untuk layak kekal ada.

Malaysia tewas 3-0 kepada Oman dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C sementara Iraq menewaskan Korea Selatan 2-1 pada hari Jumaat.

“Iraq akan bermain dengan penuh semangat selepas menang ke atas Korea Selatan. Ianya akan menjadi perlawanan sukar menentang pasukan yang lebih matang dengan kelebihan fizikal,” kata Somasundram.

Malaysia akan melengkapkan jadual perlawanan menentang Korea Selatan pada 22 September.

Pasukan Bawah 19 tahun negara juga berada dalam situasi wajib menang di Kejohanan AFF Bawah 19 tahun di Hanoi,Vietnam.

Perebutan slot ke separuh akhir Kumpulan A berada di kemuncaknya di Hanoi dengan semua pasukan berpeluang untuk mara dengan tuan rumah Vietnam memungut tujuh mata, Malaysia enam mata, Timor Leste enam mata dan Singapura empat.

Malaysia akan menentang Vietnam ( waktu Malaysia 3 petang) sementara Singapura menentang Timor Leste.

Other posts by