Legenda Sepak Takraw negara meninggal dunia akibat kanser

0
Photo credit: Sinar Harian

Legenda sepak takraw negara Abdul Rahman Mohd Noor meninggal dunia disebabkan kanser hati dan tulang awal pagi semalam. Dia berumur 71 tahun.

Abdul Rahman meninggal dunia di samping isterinya, Wan Rodziah Wan Ismail dan anaknya, Azlan pada pukul 10.40 pagi semalam di Hospital Sultanah Bahiyah.

Azlan berkata bapanya dimasukkan ke hospital swasta pada 14 September kerana tidak sihat dan kemudiannya dikesan menghidap kanser hati dan tulang peringkat keempat.

Abdul Rahman kemudiannya dimasukkan ke HSB kelmarin selepas kesihatannya merosot.

“Arwah ayah saya didiagnos mempunyai kanser prostat tiga tahun lalu tetapi dia kembali pulih dan menjalani hidup sihat dengan bermain golf,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Seri Manis, semalam.

Azlan berterima kasih kepada Yayasan Kebajikan Atlet (YAKEB) kerana perhatian dan bantuan kewangan mereka.

Abdul Rahman, yang bermain sebagai tekong, mengetuai pasukan sepak takraw Malaysia merangkul pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEAP) Kuala Lumpur pada tahun 1965.

Arwah juga merupakan seorang jurulatih yang dihormati kerana melatih pemain kebangsaan seperti pemain legenda Adnan Saidin.

Rakan seperjuangannya, Khalid Bakar, 69, berkata Malaysia kehilangan seorang legenda sepak takraw yang sukar diganti.

“Kami bermain bersama dalam pasukan Kedah yang memenangi tiga trofi, Piala Tun Razak, Piala Emas Khir Johari dan Piala Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969.