Football

Bekas pemain kebangsaan terlibat dalam pergaduhan liga sosial

Bekas pemain kebangsaan Hardi Jaafar dikenali seluruh negara kerana persembahan rajin beliau untuk Malaysia dan Perak di peringkat tertinggi. Tetapi semalam, reputasinya dicalar sekali lagi selepas beliau terlibat dalam pergaduhan dengan sebuah pasukan bola sepak sosial di Padang Bola Sepak Setia Alam.

Pemain tengah kelahiran Perak itu, yang bermain lebih daripada 250 kali sepanjang kerjayanya, diturunkan oleh skuad PSA FC untuk perlawanan Prestiga Cup menentang Level Up, semalam. Di saat pertengahan perlawanan, Hardi diberi perintah keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua untuk kekasaran profesional.

Menurut saksi, Hardi nampak marah dengan keputusan pengadil sebelum memijak kaki seorang pemain Level Up, untuk melepaskan geram. Hardi kemudian menumbuk beberapa pemain Level Up lain sebelum meninggalkan padang. Kejadian itu menimbulkan situasi huru-hara, sebelum ketua jurulatih PSA FC juga memilih untuk melibatkan diri.

Pengadil perlawanan memutuskan untuk menghentikan perlawanan buat sementara, sehingga situasi tersebut dapat diselesaikan. Selepas tamat perlawanan, pihak penganjur kejohanan Prestiga Cup mengesahkan bahawa Hardi akan digantung untuk tiga perlawanan  atas tindakan ganas beliau.

Berita ini tidaklah begitu mengejutkan, memadangkan Hardi pernah terlibat dalam beberapa kes seperti ini, sepanjang kariernya. Sebagai contoh, Hardi digantung lima perlawanan dan diberi denda RM5000 kerana terlibat dalam pertelingkahan dengan penyokong di Stadium Tuanku Abdul Rahman pada tahun 2012.

Tetapi, peminat bola sepak tempatan sudah tentu masih ingat gol sensasi Hardi, yang dijaringkan ketika Malaysia menentang Singapura pada tahun 2007.

Other posts by